RSS

Eika Gemuk besday *-*

hari ni besday adik aku yg gemuk 2 & suka berangan a.k.a mimpi yg bukan2..wish her "EPY BESDAY,semoga pjng umo & dimurahkan rezeki"

Hadiah?nti la,tgu bb aku kuar dulu..hehehe...klu kuar hari ni,sma la besday dgn adik aku 2..tp dia xbg,katanya,nti kena kongsi kek..hahaha..kedekut taik idung masin tul...bukannya le habis 1 kek pun..huh~~

pe2 pn,nti dia da pg matrik,tgl la mak & ayahku jer kat umah ni...buli membuli,still ada..tp tgu bdk gemuk 2 blk umah dulu la...hahaha...

kek a.k.a kemera..esti adi aku suka,cz dia kan suka lumo..kira ni lumo jgk la,tp yg le mkn pny..hahaha

pureen sales

sebenarnya,pureen sales ni berlangsung last weekend.tp aku ni malas la nk mengupdate blog aku yg satu ni..(satu ker,hehehe)...xpela,pe2 hal pun,aku menulis jgk la..tuk tatapan umum..hehehe..

masa smp tu,penyalah ramai umat..xle nk berjalan..sesak nafas ku..cian bb aku dlm perut ni,tersepit gara2 mama dia nk bershopping.. :P

aku bwa la adik aku,dia la yg aku buli..hahahaha..cari baju la,itu la,ini la..ye la,aku nk cri sesrng,da larat,nasib x beranak kat c2...yg pasti,brg2 dia mmg murah giler,smp aku pun naik giler la...botol susu,pny la byk aku rembat,2 belum pampers la.wat simpan stok,murah la katakan..

ni antara botol2 susu yg ada,da la cute,murah lak 2...nsb adik aku kata,da byk aku beli..klu x....

pampers yg smpt aku rebat sblm kehabisan stok...byk 2...huhuhu

k la,nti aku post lg...gamba ni,aku curik kat adi aku pny blog..xsmpt aku nk amik,penat sgt...huhuhu

lastly,kat kaunter byran..huh,memajng je beratur...smp lenguh kaki hubby aku.cian kat hubby...

Kasut baru...

semlm msa lunch,hubbyku kata nk g mkn kat PAS.BOYO blaje katanya..mkn kenny rogers..sedapnya...nasib baik la,BOYO bungkuskan aku muffin,klu x,terliur jgk la..hahaha...

ni la ksut baru hubby ku,katanya nk pki wat pg keje...ye ker??


pas2,petang sket,hubby aku msg (time ni da smp opis da),dia kata ada beli kasut bru.huwaa...nk jgk kasut.beli xbgtau..xpe..xpe..nk majuk la cmni..tkut aku mrh kot.2 la beli senyap2...huhuhu..

xpe,nti aku nk pau kasut kegemaranku yg sekian lama aku idamkan..hahaha~gelak jahat *_*

DUIT..DUIT....


em,hari ni lg skali aku rajinkan diri tuk tulis blog..hahaha..aku bukan ca adik aku yg 24 jam xreti2 bgn dri ngadap kmputer..hihihi...(kutuk dia sket)...

smlm,aku g ck kandungan ku lg,mgu ni da genap 38wek da...so,xde lg tanda2 bb ku nk kuar..ayahnya n aku da xsba da..biasa la,1st bb...kekwn yg lain,daa slmt semuanya...huh,bila la bb ku nk kuar ni..cepat la kuar sayang...

esok,ada pureen sales..wah,bestnya....tp laratkah aku pergi?mintak2 bb ku klu nk kuar pun,pas aku g sna..tp just beli yg mn xde je la...duit xcukup la...cian hubby aku...kat aku pun cian jgk..ye la,aku wat keje sndri,mkn sarat ni,mna ada job yg masuk..huhuhu..da 2,org2 yg utang dgn aku,mna drng byr lg..huwaa.....nk cari mn duit ni..tension jer....

so,sesapa yg agak2 ada utang kat aku 2,sila la bayar....mcm2 aku nk wat ni..nk byr bil2,ct card la,sewa la,etc la...plz la....

Kehidupan (Fuad) di bulan April

Bulan 4 (April 2010), is the month full of suspend, hectic like there will be no tomorrow, financial crisis (since first week), work load like I'm the garbage collector for states....

Good April
-Wife is due to deliver anytime..But as at 22/4/10 1600 hour, still nothing..maybe our baby feels comfy inside the womb..hehheheh..daddy's waiting for u!!!!take your time but don't too long la ye-

Not so good April
-money..money..money...I have a complete package of loans and credit (commitment) to pay every month..(car, rent, credit card, personal, housing loan (coming soon))fuhhh...with a stagnant income every month how can i cope with these expenses (not to mention others; groceries, foods, petrol, balik kg, medical, and so on) plus my new baby coming soon...but there is an old sayings, every one of your offspring is a blessing...yezzaaa...I.allah...
-work..work..work...I think 3 years in audit is enough for me...otak da tepu, still at the same job level, with the same company...i'm thinking to search for another job outside or w/in my company jugak..hurmmm let's wait till end of this FY (june 10)..if my dept is the same as it is, probably i'll hop to another job..

whatever it is, life must go on!!!be patient and take it slowly, be reasonable and pray for the best....!!!!!!

my 2 cents
-Fuad-

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW



Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Tanda-tanda bersalin..

Aku bakal menjadi seorang ibu x lama lg.klu nk di ikutkan,tgu masa jer..gembira+takut pun ada..ye la,aku baru 1st time nk bergelar seorang ibu.so,aku ni xde exprnce dlm bab2 ni...so,aku search la info tentang ni,khas buat seorang wanita yg bakal menjadi ibu,cam aku..so,aku harap,info ni sedikit sebyk dpt mengurangkan tekanan dan tanda tanya yg selama ni ermain di fikiran bakal ibu




Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

a.Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

b.Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

c.Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

d.Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

kisah semalam..

Hari ni,aku merajinkan diri lagi tuk menulis pe yg patut..semalam,aku g la klinik,cek kandunganku ni...alhamdulillah,setakat ni,semuanya ok..aku da masuk ke minggu 38 da..cepatnya masa berlalu,tp rasa lambat pulak bila nak tunggu si kecil (bb ku)ni keluar..alahai,mama+ayah dan org di sekeliling da sabar da wahai bb ku... :)



So,nk di jadikan cerita..patutnya appmnt aku smlm kul 9am,tp aku sajer je dtg awal cz hubby aku mc (sakit pinggang yg teramat cz dlm 2 mgu ni asik travel je-keje jauh..cian hubby aku).Pepagi tu,dik kerana lapa (cz mlm smlm aku muntah dgn teruknya),aku telah makan maggi..pepagi buta mkn meggi.hahahaha...pas je mkn,aku siap2 la pg klinik..aku smp agak awal la jgk dlm kul 830am dan mcm biasala,tgu pny tgu,semuanya selesai dekat kul 12 t/hri..arrhh..tension aku..

berbalik pd cite aku pg klinik 2,so..aku pun tgu tuk di panggil no..setiap kali no 2 berbunyi,msti aku dgn hubby tgk..hahaha..klaka pun ada cz cam org xbetul jer setiap kali no 2 berbunyi...jenuh la tggu..no xkuar2..huh,tension tul...hubby aku ada la temannya,yg mmg aku x miss klu g memn2..pe lg klu bukan PSP..aku?nasib baik aku sempat cilok novel adik aku dlm bilik dia td..hahahha <--gelak jahat..

so,tgu pny tgu,akhirnya no aku tertera la di skrin..terkejut jgk la cz npe aku kena masuk bilik doc.setahu aku,aku just jmp nurse je..ah,biarkanla.bila da jmp doc,doc pun cek la.dia pgg perut ku,pas2 katanya,bb aku da turun ke bawah ni.so,aku pun tny la (bru 1st time bb,so mcm2 soklan yg timbul),bila saya bersalin doc?pas2,doc kata anytime..oowwhh...gembira+takut..hihihi...slps 2,doc 2 dia scan perut ku,agak lama jgk la,tp aku xtaw pe yg dia tgk cz dia mmg x beri penjelasan yg sewajarnya kat aku..hahaha..sengal..

then,pas2..abis jer aku cek,tgu turn hubby plak..da la lama giler nk tgu..last2 no naik la jgk..aku pun ikot la bontot laki aku ni msk bilik doc..(doc ker,or just attntnd??).dia tnya mcm2 kat hubby aku..antaranya..
* ada angkat berat x?
* ada jatuh x?
* ada wat2 keje yg berat2 ker?
pas2 hubby aku kata la,xde..dlm bilik yg sma,ada la pesakit lain..kiranya 1 bilik,ada 2 org pesakit n 2 org doc (bolehla gelar doc).pesakit 2,budak kecik dlm 4 tahun kot..dia dgn mama dia..doc 2 muda,yg rawat bdk 2 la..tp aku tgk,bukan dia rawat tp da mcm polis..tanya itu dan ini.klu aku jd mk dia,da lama aku hempuk doc tu..ada ker dia tanya,ada demam ker?selsema?pas2 dia pandng2 bdk 2 atas bwh,pas2 tnya lg,demam panas?etc la...bukan nk cek,tp tny soklan..

pas je abis cek,aku n hubby amik la ubat.dlm perjalanan blk ke keta,sempat hubby aku lawak ckp,td doc ada tny kan,ada agkat berat x?abg cam nk jwb jer..ada,angkat doc la (cz doc 2 gemuk sgt)aku pun gelak...le lak hubby aku tpk cm2..hihihi



abis je kunjungan aku n hubby ke klinik,kami trus g mkn cz aku mmg lapar giler...blk 2,aku trus xsdrkan diri (tdo) akibat kepenatan yg amat sgt..tp sebelum 2,snggah kedai buku dlu n sempat la aku smabar majalah kesayangan aku stat aku tau yg aku prgnt iaitu PA&MA..hehehe...

BESDAY MAMA....


Hari ni merupakan hari jadi mama aku yg tercinta...em,maybe skunk nenek aku tgh sakit nk lahirkan seorang puterinya...(agaknya la..hehehe..).So,lepas ni,turn aku plak yg merasa semua itu..bb aku xnk kuar lg,xnk sma tarikh dgn opahnya kot..hehehe...tgh tgu masa je tuk kuar.Maybe dia suka duk dlm perut lg kot..hehehe..

So,berbalik pada besday mama ku..Semalam aku dgn adik ku,ika yg gedik 2,bagi hadiah kat mama..Aku bg pe??aku bg gelang kristal yg aku wat sendri khas tuk mama..jenuh jgk cri idea nk kaitkan gelang tue..akhirnya siap jgk...Mama,mstilah suka sgt2..di hargai..hehehe...
Pe2 pun,semoga ma panjng umo,dimurahakan rezeki dan lain2 la...i luv my mom forever n alwayz...so,kat cni,aku dedicatekan lgu mama khas tuk mama aku yg paling aku sayang dari dulu smp bila2,dunia & akhiratku...


Mama


She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I usedto be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

My Baby...



Minggu ni,genaplah 36 minggu usia kandungan ku...em,makin berdebar-debar dan x saba rasanya menunggu si kecil ku ini kuar..mana x nya,bru 1st baby la katakan..segala persiapan,dah aku n hubby buat..so skunk tggu masa jer...Doc kata,aku bila2 masa jer le due..uihh..takutnya...macam2 persoalan timbul di kotak fikiran aku ketika ni....em,dapat ke aku bersalin secara normal ke bedah?berat baby aku bpe nti msa bersalin & macam2 lg la...last scan,berat bb aku 2.2kg,alahai..ringannya anak mama ni..aku mkn,tp kurang berselera..klu mkn,sure muntah sejak akhir2 ni..klu di selitkan dgn susu lg la,sure la terkeluar blk semua yg aku telan..hubby aku pun ckp,yg bb kurang berat..
"bb xberat sgt la,2 la,ma <--panggilan manje ku..hehehe.. xmau minum susu,bila akhir2 ni baru igt nk minum" <--imbas kembali pe yg hubby ckp kat aku..hehehe
bukan aku xnk minum,tp xle..aku da try da...hrp2,bb aku sihat & sempurna..Amin...
"bb,bb bila nk kuar ni?"..itulah yg di cakap kat bb yg ada dlm perut aku sepanjang minggu lepas...dan bb ku memberi responnya dgn menendang prutku ni...hubby ku harap sgt yg bb ku ni akan kuar pda minggu ni...Insyaallah...

Kembali aktif...


Bismillah....
hari nie,dengan penuh semangatnya,aku memaksa diri ini tuk blaja sket2 cari mengupdate blog aku ni...da bpe lama aku x up date<--slam ni,husband aku yg wat..hahahaha...cian blog aku,sunyi dan sepi...hahaha...ada la aku mtak pertolongan dari adik aku,tanya yg mana aku x tau cz 2 mmg keje dia dri awal pagi smp ke mlm (kekdng x tdo) search n update blog dia...klu komputer 2 le cakap la kan,aku rasa,ia akan berkata-kata cam ni "uih,udahlah 2..ko ni x reti-2 penat ker asik ngadap muka aku jer..hahaha" <--imaging sndri la....so,dgn bangganya,hari ini,aku tela menukarkan background n menambah pe2 yg aku nk tambah lah...

my cute darling...

Lilypie Pregnancy tickers